Jumaat, 11 November 2011

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI), SK SUNGAI TENGI

Kelas ini telah ditubuhkan sejak dari tahun 1992 lagi. Saya mula mengajar di kelas PPKI ini dari tahun 1998 hinggalah sekarang. Kelas ini terdiri daripada seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, iaitu Tn. Hj. Md Noor b Md Isa, dan lima orang guru dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid. Kelas ini terdiri daripada kategori murid Bermasalah Pembelajaran. Kelas ini telah menjalankan pelbagai aktiviti sama ada di peringkat sekolah hinggalah di peringkat negeri. Pencapaian tertinggi yang telah kami capai ialah mewakili negeri Selangor ke Peringkat Kebangsaan dalam acara Tilawah Al-Quran, di negeri Kedah pada tahun 2008, mendapat tempat ke tiga di peringkat negeri Selangor dalam acara nasyid pada tahun yang sama, tempat ketiga juga dalam Kejohanan Sukan Permainan Bola Jaring di peringkat negeri Selangor pada tahun 2009. Saya selaku Ahli Jawatankuasa Aktiviti, bertanggungjawab menyelaras semua program dan aktiviti kelas tersebut. Antara program dan aktiviti yang telah dijalankan ialah Lawatan Sambil Belajar   ke Pulau Langkawi, Pulau Redang, Sunway Lagoon dan Kuala Lumpur. Aktiviti terkini dan penutup bagi tahun 2011  ini ialah Sambutan Hari Lahir di KFC Bandar Baru Batang Kali dan Pertandingan Boling Antara Kumpulan yang berlangsung di Bukit Beruntung Golf & Country Resort pada 01hb November 2011 yang lalu. 
Tempat ketiga  Bola Jaring Pkt Negeri

tempat ketiga di Pkt Negeri

Pertandingan boling
Snorkling di Pulau Redang
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU, KELAS PPKI

Dalam pembelajaran kelas PPKI, sukatan pelajaran lebih kepada mengenal huruf. mengecam suku kata, membatangkan suku kata dan membaca perkataan mudah. Antara yang berikut saya tunjukkan huraian sukatan mengenal suku kata KV.

Mengecam Suku Kata KV 

Setelah murid menguasai kemahiran mengenal huruf dan mengenal huruf vokal dan konsonan, murid diperkenalkan dengan mengecam suku kata kv;

ba...  ca... da... fa... ga... ha... la...na... ma... pa... ra... sa... ta... wa...ya...

za...   

Murid diajar membatangkan suku kata KV.. sehingga murid dapat menguasai kemahiran tersebut. Setelah itu murid diajar pula membina perkataan bermakna daripada suku kata V dan KV; 

langkah 1:
a...pa    =   apa
a...da     =  ada
a...ra   =  ara
a...bu  =  abu
a...pi  =  api


langkah 2:

ba...ba   =   baba
da...da   =   dada
ma...ma  =   mama
na...ma   =   nama
pa...pa   =   papa
ra...sa    =   rasa


Murid diajar membaca perkataan yang dibina secara latih tubi. Kemahiran berikutnya akan di ajar setelah murid menguasai kemahiran yang diajar sepenuhnya. Kemahiran ini juga boleh diajar kepada anak-anak diperingkat prasekolah untuk menguasai kemahiran membaca..























 
Lawatan ke Zoo Negara